Our daughter

Click here:

Sunday, July 4, 2010

If a child



If a child lives with criticism,
he learns to condemn.
If a child lives with hostility,
he learns to fight.
If a child lives with ridicule,
he learns to be shy.
If a child lives with shame,
he learns to feel guilty.
If a child lives with tolerance,
he learns to be patient.
If a child lives with encouragement,
he learns confidence.
If a child lives with praise,
he learns to appreciate.
If a child lives with fairness,
he learns justice.
If a child lives with security,
he learns to have faith.
If a child lives with approval,
he learns to like himself.
If a child lives with acceptance and friendship,
He learns to find love in the world.

Thursday, June 17, 2010

Itu cerita dulu

Tarikh keramat dalam hidup saya selepas selamat diijabkabulkan dengan suami tercinta pada 19 Ogos 2007.Maka bermulalah kehidupan kami sebagai suami isteri.Jika diimbas kembali,waktu kahwin dulu saya dan suami unemployed.Maklumlah sama-sama baru habis kolej.Keluarga kedua belah pihak setuju menyatukan kami walau waktu tu kami belum lagi bekerja.Namun bak kata orang tua-tua,kahwin pun bawa rezeki,dapat anak pun bawa rezeki.Tidak lama kami menanam anggur secara profesional,suami diterima untuk mengikuti kursus NDT di Ruane TATI dan selepas tamat kursus tidak sampai sebulan terus dapat kerja di Shah Alam.Alhamdulillah.

Maka berhijrahlah kami ke Shah Alam.Waktu itu semangat untuk mempunyai rumah sendiri (menyewa sendiri) memang berkobar-kobar walau beberapa kali dipelawa oleh kakak saya supaya menetap sahaja bersama keluarganya di Seksyen 10.Waktu itu saya berkeras untuk menyewa rumah sendiri dan saya dengan suami terus cari rumah yang sesuai di sekitar Shah Alam.Rumah yang kami sewa waktu tu adalah apartment 3 bilik dan terletak di U8 Taman Bukit Jelutong (Apartment Delima).Sewa bulanan mencecah RM700 sebulan.Mak aih!Rabak jugak lagu ni namun kami kentalkan hati dan kami sewa jugak rumah tersebut memandangkan condition rumah yang pada saya sangat bersih dan jiran2 yang amat nice.

Wahai anakku,bukan mudah sebenarnya nak memulakan hidup sendiri dan syukurlah atuk kesayangan bondamu ini amatlah supportive (dua2 support.Air liur iaitu nasihat dan sedikit fulus korang faham2kan sendiri la).I love you Abah.Hehehe!

Rumah kami adalah rumah yang paling simple dimana tetamu yang datang sila jangan banyak tanya,duduk sahaja kat bawah.Option samada nak bersila atau bersimpuh ikut korang punya suka dan selesa.Hehehe!Perabot yang ada waktu itu hanyalah yang basic2 sahaja namun disitulah saya anggap syurga.Waktu itu kami benar2 bahagia dan rasa nak jerit kat semua rasa macam dunia ni kami yang punya.

Namun walau keadaan semacam itu,saya memanjatkan syukur kerana saya dan suami tidaklah terlalu susah jika ingin dibandingkan dengan pasangan lain yang baru berkahwin.Waktu itu kami sama2 bekerja dan saya dah pakai kereta Proton Waja (ihsan Abah lagi) dan suami dengan Kancil Biru yang dia bangga sangat2 tu.Untuk suamiku,walau waktu itu hidup kita serba sederhana namun saya sentiasa bersyukur.

Saya imbas kembali waktu awal perkahwinan saya dan suami,saya masih ingat ada sesetengah yang beranggapan kami pasangan yang agak kebudak-budakan dan telahan saya mungkin mereka menganggap hubungan ini tidak akan kemana2.Saya ambik tanggapan itu sebagai penguat semangat untuk membuktikan yang saya mampu menjadi isteri yang baik.Alhamdulillah saya berjaya mengharunginya berkat nasihat kedua orang tua dan mertua saya.Disinilah point yang ingin saya katakan.Sukarkah untuk memberikan nasihat secara positif dan kenapa nasihat yang negatif juga yang ingin dihamburkan?

Dulu saya ini berjiwa amat fragile.Abah pernah berkata bahawa saya ini istimewa kerana saya mampu menyembunyikan perasaan sedih dengan raut wajah yang kelihatan ceria.Saya tahu ada yang mengumpat saya,memperlekehkan saya dan mereka terdiri dari orang2 yang rapat dengan saya juga.Saya juga adalah manusia yang sentiasa menjadi mangsa manusia2 escapisme.Keikhlasan saya kadang2 disalah erti,tindakan saya kadang2 dipertikai dan bermacam-macam lagi.Mujur saya ada suami,abah dan tuhan untuk meluah rasa.

Kini,saya dah bangkit semula...